Proton Saga RM26,999 sempena 50 tahun merdeka
KUALA LUMPUR 4 Mac – Proton Holdings Bhd. (Proton), pengeluar kereta nasional pertama, hari ini melancarkan promosi Proton Saga dengan harga menarik RM26,999 sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pelancaran itu adalah simbolik bagi menghargai kesetiaan rakyat kepada jenama kereta nasional tersebut.
“Promosi ini sebagai tanda terima kasih Proton di atas sokongan masyarakat yang selama ini memberi kepercayaan kepada keluaran kereta kami.
“Justeru, pembeli diberi dua pilihan pembayaran istimewa yang pasti tidak membebankan,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut Syed Zainal Abidin, pembeli pasti terpegun dengan tawaran paling istimewa Proton kali ini selepas pelancaran model pertamanya 22 tahun lalu.
Model Iswara Aeroback 1,300 cc itu sama dengan model Proton Saga yang berada di pasaran dan bezanya adalah harga yang jauh lebih rendah daripada harga sekarang iaitu kira-kira RM35,000.
Semasa Proton melancarkan model pertamanya pada 1985, harga model pertamanya ialah RM18,500.
Beliau berkata, promosi sempena kemerdekaan negara yang ke-50 itu akan diteruskan sehingga stok Proton Saga habis.
Jelas Syed Zainal Abidin, pilihan pembayaran pertama yang ditawarkan pembeli Proton Saga ialah ansuran sebanyak RM248 sebulan selama sembilan tahun.
“Tawaran ini menjanjikan jaminan pinjaman dan potongan gaji terutama untuk pekerja sektor kerajaan dengan terma-terma yang berkaitan.
“Pilihan pertama ini tidak terhad kepada penduduk Semenanjung tetapi turut melibatkan pembeli dari Sabah dan Sarawak,’’ ujarnya.
Pilihan kedua pula, kata Syed Zainal Abidin, adalah pinjaman institusi kewangan dengan faedah serendah 3.88 peratus termasuk pakej jaminan dipanjangkan yang jauh lebih menguntungkan daripada skim sedia ada.
“Promosi hebat ini lebih menarik daripada skim sekarang iaitu 4.3 peratus faedah dengan pakej tawaran jaminan dipanjangkan.
‘‘Tawaran ini adalah bukti Proton sentiasa komited untuk terus mempertingkatkan dan menjamin kemudahan para pelanggan kami agar mereka sentiasa dihargai,’’ katanya.

Labels: Proton
0 Comments:
Post a Comment
<< Home