Free Website Counters
Free Website Counters SPY the Man: Pasaran automotif lembap tidak jejaskan Pekema

Monday, April 02, 2007

Pasaran automotif lembap tidak jejaskan Pekema

KUALA LUMPUR 1 April – Jualan bagi kenderaan yang dibawa masuk menerusi permit import (AP) terbuka oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) tidak terjejas teruk, meskipun berdepan dengan kelembapan pasaran automotif.

Naib Presiden Pekema, Mohamed Jusoh berkata, ahli-ahli Pekema memberi maklum balas bahawa mereka masih berupaya mencatat jualan yang memuaskan, walaupun tidak sebaik pada tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata, pasaran kereta Pekema tidak terjejas teruk kerana sasaran pasarannya berbeza iaitu mengimport kereta baru atau terpakai yang berkuasa besar dengan harga melebihi RM120,000 sebuah.

Katanya, terdapat sebilangan pelanggan yang cenderung untuk beralih selera daripada menggunakan kereta-kereta biasa kepada yang berkuasa tinggi atau mewah.

‘‘Dalam konteks ini, kita memenuhi permintaan kumpulan pelanggan tersebut,” kata beliau di sini, hari ini.

Mohamed mengulas kenyataan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) pada 23 Mac lalu, bahawa jualan kenderaan pada Februari tahun ini susut 14 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Katanya, Pekema masih berupaya mengekalkan jualan yang baik di sebalik hakikat berdepan pelbagai rintangan terutama berbentuk perundangan.

Menurutnya, terdapat 82 syarikat pemegang kuota AP terbuka termasuk enam syarikat yang menerima tambahan AP baru-baru ini, dengan jumlah kuota kira-kira 17,000 buah daripada jumlah keseluruhan 52,138 AP yang dikeluarkan.

Katanya, daripada 82 syarikat itu, sebanyak 40 peratus daripadanya menerima AP antara 13 hingga 100 unit setahun.

Hanya tiga jenama yang dipegang oleh syarikat automotif Melayu iaitu Fiat, Jaguar dan Lamborghini tetapi ketiga-tiganya secara kolektifnya menerima 300 AP sahaja setahun.

‘‘Syarikat francais Melayu dan pengimport bebas Melayu berniaga di pasaran yang tidak adil kerana kami dikenakan pelbagai sekatan import iaitu tidak dibenar mengimport jenama kereta yang sudah difrancaiskan serta jumlah AP yang dikurangkan dan beberapa sekatan lain.

‘‘Walhal dasar pemberian AP semasa mula diperkenalkan, dikhususkan hanya kepada syarikat yang 100 peratus dimiliki bumiputera,” katanya.

Mohamed berkata, Pekema telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan menerangkan mengenai situasi semasa industri berkenaan yang membabitkan usahawan Melayu.

Katanya, Pekema juga meminta supaya dasar pemberian AP mengambil kira pelaburan yang telah dikeluarkan dan komitmen syarikat terhadap pekerja, kewangan serta kemudahan asas dan teknikal yang disediakan.

‘‘Kami juga meminta kerajaan menetapkan jumlah minimum 25,000 AP terbuka kepada syarikat dimiliki dan diurus sepenuhnya oleh bumiputera dengan pemberian purata minimum 200 unit AP setahun bagi setiap syarikat.

‘‘Ia adalah sejajar dengan pelaburan yang dibuat, selain memberi peluang kepada mereka mencatat pertumbuhan dalam perniagaan automotif bagi meningkatkan kemampuan bersaing di pasaran terbuka,” katanya.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

QUESTION:
What is the main factor for you to buy a Proton Car?
Low price and no other choice due to budget
Good resale value
Low maintenance cost
Ride & Handling is good
Reliable parts, chasis and engine
Good Styling exterior & Interior
Patriotism (I support Made in Malaysia Products)
Follow others (Follow Majorities should be the best choice)