Pelajar cipta formula penjimatan petrol
SEREMBAN 24 Ogos – Kenaikan harga petrol mendorong tiga pelajar Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, Pahang, mencipta formula penjimatan penggunaan petrol, dengan mencampurkan ekstrak ethanol daripada pisang dengan bahan bakar itu, tanpa menjejaskan prestasinya.
Campuran 10 peratus ethanol dan 90 peratus petrol melalui penyelidikan ‘Bio Ethanol dari Pisang Sebagai Alternatif Bahan Bakar Bio’ itu, berupaya menjimatkan 30 sen petrol seliter.
Formula itu dicipta oleh pelajar Muhammad Na’im As-Siddiq Wan Hasamudin, 17, Aminuddin Abdul Raheem, 16 dan Mohammad Ashraaf Raiez Mohammad Ridzuan, 17, yang terpilih sebagai juara Pertandingan Peringkat Kebangsaan Inovasi Sains dan Kejuruteraan 2006 di sini hari ini.
Kemenangan itu membolehkan mereka mewakili negara ke Pameran Sains dan Kejuruteraan Antrabangsa Intel di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) pada Mei tahun depan.
Ketua Kumpulan itu, Muhammad Na’im berkata, mereka menjalankan uji kaji selama lima bulan untuk merealisasikan inovasi itu.
Katanya, pisang dipilih kerana ia boleh didapati dengan mudah dan murah di negara ini, berbanding jagung dan tebu yang digunakan untuk tujuan yang sama di AS dan Brazil.
Selain itu katanya, pisang juga mempunyai kadar gula yang tinggi berbanding buah-buahan tempatan lain.
“Pisang masak atau busuk boleh digunakan untuk tujuan esktrak ethanol, sebelum ia diperam bersama ragi selama tiga hari untuk proses penghuraian gula.
“Kemudian ia disuling di makmal bagi mendapatkan eskstrak ethanol untuk dicampur dengan petrol. Hasil uji kaji menunjukkan prestasi pembakarannya adalah menyamai petrol tulen, cuma baunya sedikit berbeza,’’ katanya.
Menurut Muhammad Na’im, kumpulannya juga akan memperbaiki formula itu sebagai persediaan untuk pertandingan di AS.
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban memenangi tempat kedua dan ketiga pada pertandingan tajaan Intel Technology Malaysia Sdn. Bhd. itu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home