Jangan gusar kereta tidak laku - MAA
ISU lambakan kenderaan di negara ini terus berlarutan sejak awal tahun ini berikutan kejatuhan jualan kereta di pasaran tempatan. Terbaru, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyatakan jualan kenderaan di Malaysia dalam enam bulan pertama tahun ini mengalami kemerosotan kira-kira lima peratus.
Paling mengejutkan ialah jualan kereta nasional, Proton, yang selama ini mengungguli pasaran diatasi oleh pengeluar kereta kompak, Perodua, buat pertama kali dalam sejarah industri berkenaan.
Pelbagai masalah dikatakan menjadi punca alasan yang dilontarkan kepada permasalahan itu termasuk kebimbangan terhadap keadaan ekonomi, kenaikan kadar faedah, masalah mendapat pinjaman dan menunggu masa yang sesuai untuk membeli kereta meskipun selepas Dasar Automotif Negara (DAN) yang diperkenalkan pada bulan Mac yang lalu.
Berikut temubual wartawan Utusan Malaysia, AMRAN AHMAD dengan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad tentang persoalan yang ada di tangan kerana MAA adalah sebuah persatuan yang berpengaruh dalam industri automotif negara.
MAA baru-baru ini mengumumkan penurunan jualan kenderaan sebanyak lima peratus dalam setengah tahun pertama 2006, adakah fenomena ini hanya berlaku di Malaysia?
AISHAH: Jualan kenderaan di negara ini yang jatuh lima peratus sebenarnya turut dirasai negara serantau yang lain seperti Indonesia (-49 peratus), Thailand (-3.2 peratus) dan Filipina (-3.0 peratus).
Adakah ia akan berlanjutan dan boleh dianggap sebagai permulaan kepada krisis ekonomi serantau terutama ke atas industri permotoran?
AISHAH: Penurunan kenderaan di peringkat tempatan dan serantau berlaku ekoran kenaikan harga minyak mentah global yang menyebabkan bank-bank menaikkan kadar faedah sehingga ramai pembeli menangguhkan rancangan untuk membeli kereta baru.
Harga minyak yang tinggi juga telah mengubah minat pengguna kenderaan untuk beralih ke kenderaan berkapasiti rendah.
MAA berpendapat, penurunan jualan itu bukan satu permulaan kepada krisis ekonomi kerana negara telah mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 552,316 buah kenderaan pada tahun lalu dan pasaran automotif tempatan dilihat sedang mengalami sesi pembetulan setelah menjana jualan yang terlalu tinggi sebelum ini.
Jadi, keadaan ini tidak membimbangkan?
AISHAH: Keadaan ini sama seperti pasaran saham dan berdasarkan trend pasaran yang lalu, ia tidak akan berterusan untuk jangka masa yang terlalu lama, selewat-lewatnya pasaran automotif akan kembali menjana pertumbuhan jualan yang positif sebelum akhir tahun ini.
Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam menjana pertumbuhan positif jualan kenderaan di peringkat tempatan setelah DAN dilihat menjadi antara punca utama lambakan kenderaan di negara ini?
AISHAH: MAA akan mencadangkan beberapa cadangan kepada kerajaan agar prestasi jualan kenderaan kembali positif.
Antaranya ialah memberi insentif berbentuk kewangan kepada para pembeli kereta dalam menjalankan urusan trade-in kereta semasa membeli kereta baru.
MAA telah menyampaikan cadangan ini secara lisan kepada pihak berkuasa dan dijangka mempersembahkan cadangan berkenaan secara bertulis tidak lama lagi.
Adakah benar DAN menjadi faktor utama kelembapan pasaran automotif negara?
AISHAH: Saya tidak merasa begitu kerana kelembapan pasaran akibat penurunan harga kereta terpakai telah berlaku sejak awal tahun ini sebelum DAN diperkenalkan pada Mac lalu.
DAN memenuhi harapan serta kehendak rakyat negara ini yang mahu harga kenderaan diturunkan agar mereka lebih mampu membelinya.
Apabila kerajaan menurunkan harga kenderaan menerusi pelaksanaan DAN, adalah menjadi sesuatu yang lumrah untuk harga kereta terpakai turut mengalami kejatuhan.
Untuk jangka masa panjang, pembeli akan menerima hakikat penurunan harga kereta terpakai itu dan kembali membantu industri automotif tempatan menjana pertumbuhan jualan yang positif.
Baru-baru ini, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mendakwa DAN tidak mengambil kira kesinambungan usahawan bumiputera dalam industri automotif negara. Apa pendapat MAA?
AISHAH: Pekema telah lama menikmati kelebihan dari AP yang dianugerahkan kepada mereka sehingga mampu menjayakan perniagaan dalam industri automotif selama puluhan tahun. Sebahagian besar daripada ahli Pekema telah menikmati pulangan daripada penganugerahan AP terhadap mereka.
Kini, dalan era globalisasi yang sedang merempuh semua negara tanpa mengira sebarang faktor, ahli Pekema perlu berubah dan bersaing dalam persekitaran pasaran yang mencabar.
DAN tidak membunuh usahawan bumiputera industri automotif negara kerana mereka masih boleh memohon untuk menjadi pengedar kenderaan di negara ini berbekalkan pengalaman dan jaringan yang ada setelah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri permotoran.
Jadi, Datuk berpendapat ahli Pekema masih mampu bersaing dalam industri permotoran yang semakin sengit?
AISHAH: Sudah tentu kerana mereka masih mempunyai beberapa tahun lagi untuk menikmati AP dan peluang itu sepatutnya digunakan untuk menjana lebih banyak jualan bagi membolehkannya menerima lebih banyak AP sebelum tahun 2010.
Selepas daripada tahun itu, mereka boleh memohon menjadi pengedar Honda, Toyota atau jenama besar yang lain dan berusaha lebih kuat serta bertindak secara agresif bagi menjana jualan yang lebih besar untuk meningkatkan pendapatan.
Penguasaan pasaran Proton Holdings Bhd. (Proton) menurun berbanding Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dalam enam bulan pertama tahun ini. Apa tindakan yang perlu dilakukan oleh firma pengeluar kenderaan nasional itu?
AISHAH: Pihak pengurusan Proton telah menggariskan hala tuju dan beberapa tindakan strategik yang akan dilakukan untuk kekal relevan dalam industri automotif tempatan.
Dalam keadaan sekarang, mereka perlu melakukan apa yang harus dilakukan untuk terus relevan memandangkan persaingan pasaran semakin sengit termasuk menjalankan kontrak pengilangan dengan pengeluar kenderaan asing. Proton bebas untuk menjalankan kontrak pengilangan dan ia boleh menjana perolehan utama kepada syarikat itu.
Penurunan jualan bukan sahaja berlaku kepada Proton sahaja tetapi juga kepada industri automotif tempatan dan serantau dengan Indonesia, Thailand dan Filipina turut mencatatkan pertumbuhan jualan negatif.
Bolehkan ini dianggap trend global?
AISHAH: Pada asasnya, penurunan jualan di semua negara ASEAN adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak di peringkat global, kelembapan ekonomi dan ketidakstabilan politik seperti yang berlaku di Thailand baru-baru ini. Penurunan jualan itu bukanlah boleh dianggap sebagai satu trend serantau tetapi disebabkan oleh beberapa faktor yang bersifat global. Walaubagaimanapun, hanya pasaran automotif tempatan sahaja yang mengalami kejatuhan harga kenderaan terpakai.
Benarkah bank turut menjadi penyebab kejatuhan jualan dengan mengenakan syarat lebih ketat untuk pinjaman sewa beli kenderaan?
AISHAH: Keputusan untuk menawarkan kadar faedah yang menarik atau meluluskan pinjaman adalah hak mutlak sesebuah bank dengan mengambil kira hutang lapuk yang ditanggungnya serta rancangan institusi kewangan untuk menjana pertumbuhan perniagaan.
Bagi saya, kenaikan kadar faedah tidak begitu menyumbang kepada penurunan jualan kenderaan di negara ini kerana negara pernah mencatatkan kenaikan kadar faedah setinggi 10 peratus semasa krisis kewangan 1997/1998 dan negara masih mencatatkan rekod jualan yang baik. Jika BNM naikkan lagi kadar faedah selepas ini, ia dijangka tidak menggugat pasaran negara.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home