Free Website Counters
Free Website Counters SPY the Man: Chery rakan kongsi Proton di China

Wednesday, February 22, 2006

Chery rakan kongsi Proton di China


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengeluar kereta China, Chery Automobile Co. Ltd. (Chery) akan menjadi rakan kongsi Proton Holdings Bhd. bagi mengeluarkan model-model sedan Proton untuk pasaran negara itu.
Pengarah Urusan Proton, Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir dilaporkan telah mengadakan lawatan ke beberapa syarikat pengeluar kereta China pada bulan lalu dan turut melawat kilang Chery.
Sumber-sumber industri berkata, usaha sama Chery dan Proton itu dijangka menyaksikan kelahiran beberapa model kereta sedan bermula pada suku ketiga tahun ini.
``Sebagai permulaan, model-model Proton yang bakal dipasang di China dijangka terdiri daripada Proton Wira, Gen.2 dan Savvy.
``Proton sedang membuat proses akhir bagi memuktamadkan strategi dalam membentuk usaha sama itu dan dijangka mengumumkannya dalam masa terdekat,'' kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sumber itu menambah, pengeluaran kereta Proton di China akan dimulakan dengan kapasiti 50,000 buah setahun.
``Mungkin dalam tempoh tiga hingga empat tahun, kapasiti pengeluaran boleh ditingkatkan kepada 200,000 buah dan ini boleh dilakukan bila Proton memiliki produk yang menepati cita rasa semua,'' ujarnya.
Ditanya sama ada akan timbul pertindihan bagi model Proton yang akan dikeluarkan bersama dengan Volkswagen AG (VW) kelak, beliau berkata, perkara itu tidak berbangkit sama sekali.
Platform
``VW sememangnya sudah memiliki pasaran kukuh di China. Ia tidak memerlukan Proton sebagai platform untuk memasuki pasaran China.
``Tumpuan VW ialah pasaran Malaysia dan mungkin kemudiannya ke pasaran ASEAN,'' ujar beliau.
Seorang penganalisis berkata, langkah Proton menjalin usaha sama dengan syarikat automotif China tidak ada kena mengena dengan kegagalannya berbuat demikian dengan VW.
Menurutnya, apa yang ketara ialah Proton memilih bekerjasama dengan ``pihak yang boleh ia bekerja dengan, bukan dengan pihak yang mahu mengawalnya''.
``Ini satu langkah positif bagi Proton kerana potensi pasaran China yang besar, lebih-lebih lagi ia akan menyaksikan kereta Proton dijual di pasaran China,'' katanya.
Dalam pertemuan dengan media awal bulan ini, Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir mengakui matlamat Proton untuk menembusi pasaran China yang besar menerusi pakatan strategik.
``Proton adalah syarikat kecil. Saya tidak melihat apa sebab mengapa Proton tidak boleh bekerjasama. Itulah perjalanan yang ingin kita tempuhi,'' kata beliau.
``China dan India adalah dua pasaran yang tidak boleh kita lepaskan. Kami sedang melihatnya (pasaran China dan India) semula. Kita telah mengenal pasti beberapa pihak di China,'' katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

QUESTION:
What is the main factor for you to buy a Proton Car?
Low price and no other choice due to budget
Good resale value
Low maintenance cost
Ride & Handling is good
Reliable parts, chasis and engine
Good Styling exterior & Interior
Patriotism (I support Made in Malaysia Products)
Follow others (Follow Majorities should be the best choice)