Free Website Counters
Free Website Counters SPY the Man: Proton dicadang cari rakan kongsi Jerman, Jepun

Tuesday, October 17, 2006

Proton dicadang cari rakan kongsi Jerman, Jepun

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat cadangan Proton Holdings Berhad (Proton) untuk mengadakan pakatan dengan syarikat kereta dari China dan India tidak akan membawa keuntungan jangka panjang kepada syarikat milik negara itu.

Ini kerana, kata beliau, syarikat automotif di China dan India tidak memiliki teknologi tinggi dalam industri automotif.

Sebaliknya, beliau yang juga Penasihat Proton mencadangkan syarikat kereta nasional itu menumpukan usaha mencari rakan kongsi asing dari Jerman dan Jepun yang terbukti memiliki kepakaran tinggi dalam industri tersebut.

‘‘Saya fikir cadangan pengurusan baru Proton untuk mengadakan kerjasama dengan China dan India dengan hasrat menembusi pasaran kereta kedua-dua negara terbabit tidak akan bertahan dan pergi jauh,’’ katanya dalam wawancara dengan Bloomberg yang disiarkan melalui Astro saluran 12, hari ini.

Dr. Mahathir yang mengakui Proton perlu rakan kongsi asing untuk bersaing berkata, India sebenarnya lebih berminat untuk Proton melabur di negara itu dan mengeluarkan kereta di sana.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

QUESTION:
What is the main factor for you to buy a Proton Car?
Low price and no other choice due to budget
Good resale value
Low maintenance cost
Ride & Handling is good
Reliable parts, chasis and engine
Good Styling exterior & Interior
Patriotism (I support Made in Malaysia Products)
Follow others (Follow Majorities should be the best choice)